assalamualaikum....
hari nie, aku nak kongsi satu cerita yang aku dengar dari kawan aku...cerita ni pasal seorang budak perempuan yang obses pada seorang lelaki...biar aku kenalkan girl as BEAUTY and boy as HANDSOME..
dorang masih belajar di universiti yang sama tetapi berlainan coses...HANDSOME sangat popular di universiti dorang tetapi, HANDSOME tak pernah melayan perempuan...dia seorang yang menjaga batas antara lelaki dan perempuan..kalau bercakap dengan perempuan, dia akan menundukkan kepalanya..memang seorang yang sangat baik,dan sopan
BEAUTY sukakan HANDSOME dan dia selalu menceritakan soal perasaannya pada orang lain meskipun orang itu bukan kenalan rapat dia...jadi kemana sahaja BEAUTY pergi, orang akan sentiasa mengaitkan dia dengan HANDSOME, begitu juga sebaliknya...
hampir setiap hari, BEAUTY akan message HANDSOME dan bertanyakan tentang diri HANDSOME..HANDSOME sangat menjaga hati dan perasaan BEAUTY, dia akan balas kiriman mesej itu tetapi sekadar ala kadar...itu bagi pemikiran kita but not BEAUTY..dia rasa yang HANDSOME pun turut sama menyimpan perasaan yang sama macam dia...
perangai BEAUTY yang terlalu obses dengan HANDSOME membuatkan HANDSOME agak rimas..dia tidak dapat belajar seperti biasa..fikiran dia serabut...
ada satu ketika, HANDSOME meng'like' kan satu link mengenai 'SURAT UNTUK BERKAHWIN AWAL' dan BEAUTY ada membacanya...ini membuatkan BEAUTY terfikir yang HANDSOME ada niat untuk mendirikan 'masjid' bersamanya dalam usia muda...BEAUTY memberitahu ibunya berita gembira ini dan ibunya menelefon HANDSOME untuk mengetahui perkara ini lebih detail...korang tahu apa jawapan HANDSOME??? dia just like link itu untuk suka-suka dan dia memberitahu pada ibu BEAUTY yang perasaan dia pada BEAUTY sama seperti perasaan dia pada kawan perempuan yang lain...ibu BEAUTY merasa marah sebab dia merasakan HANDSOME sedang mempermainkan perasaan BEAUTY...dia memohon agar HANDSOME bertanggungjawab dengan apa yang dia dah lakukan dan menghargai perasaan BEAUTY...kasihan HANDSOME sebab dia dipersalahkan oleh sesuatu benda yang dia tidak lakukan...
pengakhiran cerita ini, aku tidak tahu...cuma apa yang aku harapkan, BEAUTY akan sedar perasaan sebenar HANDSOME pada dia hanyalah sebagai kawan...ataupun, kalau kita nak pengakhiran bahagia, sama-samalah kita berdoa agar satu hari nanti terbukanya hati HANDSOME untuk menerima perempuan secantik BEAUTY...
jadi, moral of the story, seeloknya kita jaga hati kita daripada terlahirnya perasaan obses pada seseorang sebab ia sangat berbahaya...=]:: jadikan cerita nie sebagai pengajaran dan jangan melihat pada sudut negetif...
well..betul tu! nurul pun pernah terjadi keadaan mcm beauty...haih~
ReplyDeletealaa....mcm nak terasa ar dengan handsome nie..kawan jer ! kejam!
ReplyDelete