house full of joys...

SAHABAT,..
Saat dirimu membuka mata,
sedarilah bahawa ada cinta menantimu,..
Saat dirimu beranjak pergi,
ingatlah ada yang merinduimu,..
Saat dirimu melangkahkan kaki,..
ingatlah ada doa mengiringimu,..
Saat kau mendengar kicauan burung,..
itulah SALAM RINDUku padaMU...

Thursday, June 7, 2012

sWeEt mEmOry!!


penatnya....!!!!!
itulah yang aku rasa hari ini...sebagai anak dara, aku dah dilatih supaya bangun pagi...jd, awal2 lagi, aku dah bangun...buat apa yang patut...tolong emak memasak, mengemas rumah, membasuh & menyidai pakaian dan sebagainya...penat juga bila tiap2 hari buat kerja yang sama...mungkin, inilah perasaan seorang suri rumah tanggakan...siapa tahu...
lepas beres semuanya, kawan aku ajak keluar...kebetulan, hari ini, dekat daerah aku, ada pasar malam...jadi, kitorang decide yang kitorang akan keluar lepas zohor...lagipun, dah lama kitorang tak keluar bersama...almaklumlah, masing-masing dah sibuk dengan pembelajaran kat universiti masing2...jadi, peluang nak jumpa agak tipis...sebab tu, bila ada peluang je, kitorang akan hang out bersama...=]
then, bila kawan2 lama berkumpul, pasti akan terlintas peristiwa ketika kitorang belajar bersama dahulu...sambil menunggu bukanya pasar malam, kitorang mengambil keputusan untuk pergi ke tepi pantai dan mengimbau kembali kenangan saat kitorang belajar suatu ketika dahulu...
bila dikenang kembali peristiwa lampau, kami tergelak riang sebab terlalu banyak kenangan manis saat kitorang belajar erti dewasa...aku masih ingat lagi, sewaktu aku berada di tingkatan 3, aku sudah mula belajar pengalaman bercinta...terukkan...!!pada ketika itu, aku ada meminati seorang pelajar lelaki kelas aku...dia tak adalah handsome sangat tetapi ada rupa jugalah dan yang paling aku suka pasal dia adalah dia seorang tahfiz al-quran...siapa tak nak orang tahfiz...ramai pelajar perempuan berkenan dengan dia...aku salah seorang!!! huhu
kitorang sebenarnya sentiasa tidak sependapat...aku selalu bergaduh dengan dia...memang bencilah dekat dia tu tapi itu luaran je...dalamannya, aku je yang tahu..kawan2 aku pun tahu juga...then, hujung tahun tu, kitorang berbaik...almaklumlah, nak exam PMR time tu...jadi, kenalah berbaik kata orang...start itulah, kitorang jadi rapat...
sedar tak sedar, kitorang dah jadi sahabat baik...tapi, orang cakap, lelaki dan perempuan tak sesuai untuk dijadikan sahabat baik sebab ia akan melibatkan soal hati dan perasaan...bagi aku, itu betul sebab ia terjadi pada aku...aku akan rasa jealous kalau ada perempuan nak kenal dia dan begitu juga sebaliknya...jadi, apa makna semua tu???dia pun suka aku ke???aku tak bertepuk sebelah tangan???
pertengahan form 4, aku dikejutkan dengan satu kiriman mesej dari dia...nak tahu apa dia cakap??? ''boleh tak saya nak jadi boyfriend awak?'' aku suka gila masa tu...aku apa lagi, setujulah....
tapi, apakan daya, kitorang budak lagi masa tu..tak matured lagi...kapel sekejab, hujung tahun form 5, kitorang break up..kelakarkan...kapel suka-suka...bukannya serius pun...kalau diingat kembali, manis juga rasanya...kelakarlah...tapi itu semua cinta monyet je...yang sebenar, belum ada...tak sesuai kapel sekarang...belajar dulu yang pentingkan...tapi, kenangan itu indahkan kalau kita imbas kembali...dan, yang paling penting, kita belajar apa itu erti sahabat sebenar dalam hidup kita...=]

Wednesday, June 6, 2012

A DAY WITHOUT WORDS

apa khabar kalian??? hari ini hari yang baik untuk kamu semua?? harap-harap begitulah...cantik tak nama post aku kali ini...? A DAY WITHOUT WORDS...macam nama lagukan, a year without rain...okey, hari nie aku nak kongsi satu cerita...alkisahnya begini....


Ahmad, nama yang cantik dan baik maknanya...dia seorang yang sangat peramah, pandai berkata-kata...ahmad merupakan anak lelaki tunggal dalam family dia...apa sahaja kemahuannya, parents dia akan tunaikan sedaya yang mampu...makin lama, perangai ahmad menjadi-jadi...segala kehendak dia, mesti diturutkan...kalau tidak, mengamuklah dia...
satu hari, ahmad meminta parents dia belikannya handphone blackberry...tetapi, parents dia tak mahu belikan sebab ahmad dah ada dua handphone lain yang masih boleh digunakan...ahmad merasa marah dan dia lantas menuju ke biliknya...seharian dia berkurung di dalam biliknya, tanda protes, mengharapkan ada pujukan dari parentsnya...tetapi, hampa...
ahmad keluar dari biliknya untuk menonton televisyen...ketika itu, parents dia sedang menonton berita...ahmad mengambil remote dan menukar channel lain...parents ahmad menyuruhnya menukarkan kembali kepada berita tadi, tetapi, ahmad mendiamkan diri dan terus menonton ceritanya...sengaja mahu menyakiti hati ibu bapanya...
''susah betul ada anak macam nie...!!!'' marah ayahnya lalu meninggalkan ahmad dengan ibunya...
''ahmad, kenapa jadi macam nie?? ayah dan ibu nak tengok berita.kenapa ahmad degil sangat?''keluh si ibu.
ahmad tidak menjawab apatah lagi memandang wajah ibunya...hatinya keras bab batu delima...dia terus mendiamkan diri...hobinya, kini sudah bertukar...sekiranya dulu, dia suka menghabiskan masa bersama parentsnya dan juga kawan-kawannya...tetapi kini, dia lebih gemar berkurung di bilik dan hanya akan keluar jika mahu makan dan juga menonton cerita kegemarannya...dia sudah lama tidak berkomunikasi dengan ibu bapanya...sikap ahmad sedikit sebanyak meruntun hati seorang ibu...ibunya sentiasa menangisi sikap ahmad...namun, apakan daya, ahmad tetap tidak berubah...
sebulan berlalu, ahmad tetap tidak menunjukkan sebarang reaksi positif...sikapnya semakin lama semakin keterlaluan...dia sudah belajar merokok, keluar pagi dan balik lewat malam...ibu bapanya semakin runsing memikirkan kelakuan ahmad...
''abang, saya rasa, elok kita belikan saja handphone yang dia nak.saya tak nak dia terus berperangai begini.sakit hati saya, bang.''kelung si ibu.
''baiklah, abang pun rasa, elok kita turuti apa yang dia nak, jika itu yang terbaik.esok kita belikan.''
keesokan pagi, sepasang suami isteri ini keluar untuk membelikan handphone blackberry pada anak kesayangannya...saat ingin pulang ke rumah, kereta mereka mengalami accident dengan sebuah lori...mereka cedera parah dan tidak dapat diselamatkan...
ketika itulah, ahmad merintih kesedihan...dia menyesali segala kelakuannya pada kedua ibu bapanya...
''ibu, ayah, maafkan ahmad...ahmad menyesal...bangunlah bu, ayah...ahmad rindu mendengar suara ayah dan ibu..ahmad berdosa bu, ayah...jangan tinggalkan ahmad!!!''
namun, apakan daya..rintihan seorang anak tidak dapat mengembalikan ibu bapanya...mereka pergi untuk selama-lamanya...

kesimpulan bagi cerita ini adalah, tidak berguna kita menyesal kemudian hari...nasi sudah menjadi bubur...buat apa kita mahu merajuk dengan ibu bapa kita semata-mata kerana kemahuan kita tidak dituruti...mereka tahu apa sebenarnya yang kita perlukan dalam hidup ini kerana mereka yang melahirkan dan membesarkan kita...hargailah mereka selagi mereka masih bernyawa...

LIFE???!!!

assalamualaikum....
hari nie, aku nak kongsi satu cerita yang aku dengar dari kawan aku...cerita ni pasal seorang budak perempuan yang obses pada seorang lelaki...biar aku kenalkan girl as BEAUTY and boy as HANDSOME..
dorang masih belajar di universiti yang sama tetapi berlainan coses...HANDSOME sangat popular di universiti dorang tetapi, HANDSOME tak pernah melayan perempuan...dia seorang yang menjaga batas antara lelaki dan perempuan..kalau bercakap dengan perempuan, dia akan menundukkan kepalanya..memang seorang yang sangat baik,dan sopan
BEAUTY sukakan HANDSOME dan dia selalu menceritakan soal perasaannya pada orang lain meskipun orang itu bukan kenalan rapat dia...jadi kemana sahaja BEAUTY pergi, orang akan sentiasa mengaitkan dia dengan HANDSOME, begitu juga sebaliknya...
hampir setiap hari, BEAUTY akan message HANDSOME dan bertanyakan tentang diri HANDSOME..HANDSOME sangat menjaga hati dan perasaan BEAUTY, dia akan balas kiriman mesej itu tetapi sekadar ala kadar...itu bagi pemikiran kita but not BEAUTY..dia rasa yang HANDSOME pun turut sama menyimpan perasaan yang sama macam dia...
perangai BEAUTY yang terlalu obses dengan HANDSOME membuatkan HANDSOME agak rimas..dia tidak dapat belajar seperti biasa..fikiran dia serabut...
ada satu ketika, HANDSOME meng'like' kan satu link mengenai 'SURAT UNTUK BERKAHWIN AWAL' dan BEAUTY ada membacanya...ini membuatkan BEAUTY terfikir yang HANDSOME ada niat untuk mendirikan 'masjid' bersamanya dalam usia muda...BEAUTY memberitahu ibunya berita gembira ini dan ibunya menelefon HANDSOME untuk mengetahui perkara ini lebih detail...korang tahu apa jawapan HANDSOME??? dia just like link itu untuk suka-suka dan dia memberitahu pada ibu BEAUTY yang perasaan dia pada BEAUTY sama seperti perasaan dia pada kawan perempuan yang lain...ibu BEAUTY merasa marah sebab dia merasakan HANDSOME sedang mempermainkan perasaan BEAUTY...dia memohon agar HANDSOME bertanggungjawab dengan apa yang dia dah lakukan dan menghargai perasaan BEAUTY...kasihan HANDSOME sebab dia dipersalahkan oleh sesuatu benda yang dia tidak lakukan...
pengakhiran cerita ini, aku tidak tahu...cuma apa yang aku harapkan, BEAUTY akan sedar perasaan sebenar HANDSOME pada dia hanyalah sebagai kawan...ataupun, kalau kita nak pengakhiran bahagia, sama-samalah kita berdoa agar satu hari nanti terbukanya hati HANDSOME untuk menerima perempuan secantik BEAUTY...
jadi, moral of the story, seeloknya kita jaga hati kita daripada terlahirnya perasaan obses pada seseorang sebab ia sangat berbahaya...=]
:: jadikan cerita nie sebagai pengajaran dan jangan melihat pada sudut negetif...

Tuesday, June 5, 2012

kecantikan

assalamualaikum....

hari ini aku nak kongsi dengan korang semua tentang kelebihan POKOK LIDAH BUAYA...
aku rasa dah ramai yang tahu tentang kelebihan pokok ini...tapi, tak apalah...aku nak share juga...
korang kenal apa itu pokok lidah buaya? ini dia aku tunjukkan..



kalau korang nak tahu, lendir pokok lidah buaya sangat berguna untuk kulit kita,..dia boleh melicinkan kulit muka serta menghilangkan kesan jerawat pada muka kita...dia juga boleh mengurangkan bintik-bintik hitam yang ada di wajah kita...korang tak percaya? cuba dulu..aku dah cuba banyak kali..alhamdulillah, setiap percubaan aku mendapat kesan yang positif..tapi, korang jangan memakai terlalu lama sebab aku takut muka korang gatal nanti...itu je keburukan yang aku tahu ada pada pokok lidah buaya ini...kalau boleh, bila nak guna, baru korang ambil dari pokoknya,..orang kata, baru fresh gitu...ada satu lagi kelebihan pokok lidah buaya yang aku lupa nak sebut...dia boleh melebatkan bulu roma kita...kalau korang nak bulu mata yang lebat, korang sapulah lendir dia pada mata korang...ni cadangan aku jela...kalau korang was-was dengan keterangan aku, aku rasa elok korang search dalam internet tentang kelebihan pokok ini...SELAMAT MENCUBA!!!!

Monday, June 4, 2012

'kek rosak'

hari ini aku dan kakak aku ada buat sejenis makanan baru dalam family aku...family aku memang tak pernah cuba atau tahu pasal makanan nie..actually, aku tak pasti dia ni sejenis kek ataupun biskut..tapi nama dia 'PAVLOVA'..akak aku cakap makanan nie favourite artis scha alyahya...akak aku nak try buat makanan nie sebab dia cakap makanan ni nampak sedap..kitorang pun buatlah sebaik mungkin..resepi nak buat kek PAVLOVA ni kitorang ambil dari internet...sebijik kitorang ikut..tak ada ubah pun..A yang dia nak, A juga yang kitorang bagi..memang samalah..hasil dia pun cantik...rasa dia manis dan sedaplah juga..macam biskut pun ada...kitorang macam banggalah juga percubaan pertama menjadi tapi unfortunately, sesuatu yang tak disangka terjadi...seluruh family kitorang kena penyakit 'cirit-birit'.sakit perut masih terasa sampai sekarang..kenapa ni? ada masalah dengan makanan kitorang? semuanya kena keracunan makanan ke? tapi, rasanya, semua resepi kitorang ikut dengan baik..nak cakap bahan kitorang guna dah tamat tempoh, tak juga...kitorang baru je beli..fresh2 gitu..tak tahu mana silap dia...kasihan family kitorang..mungkin kitorang ada buat something wrong somewhere...cuma kitorang tak sedar kot..funny kalau diingat kembali..aku ingat nak share juga resepi dengan korang tapi macam tak payahlah...takut korang pula keracunan makanan...aku share gambar jelah..kek PAVLOVA...cantikkan.,.nampak best tapi hati2 kalau nak mencuba...jangan jadi macam aku dan akak aku...selamat mencuba!!!